Inilah Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor.
6 Julai 2008, Syu mendaftarkan diri di poli ni. Mula2 seronok sebab bayangkan dapat tempat belajar jauh. Memang jauh betulla, di pedalaman pula tu. Tapi nama pun tempat belajar kan. Mestila kena jauh dari bandar. Syu tak kenal sape2 pon kat sini. Member sekolah menengah pon takda siapa yang ditawarkan sama dengan syu. Sampai je poli, Syu gembira sebab poli ni cantik, ada tasik lagi. Syu dapat bilik tingkat3. Roomate syu orang kelantan, Amani nama dia. Amani ni baik. Dia ajar syu makan budu. Sedap! Masa MSK ( Minggu Suai Kenal), syu selalu dengan Amani jela, sampai syu jumpa dengan rakan2 kelas DSK. Kawan2 lain cakap syu ni sombong. 1 hari, abg fasilitator buat lawak dan syu apa lagi, gelak sekuat2 alam. 1 COURT dengar! Malula juga. Masa ni juga syu mula kenal atyn dan ieka.
Member baik masa MSK.
Syu merupakan pelajar jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan. Subjek teras jurusan ni ialah Trengkas, Shorthand dan Menaip. Poli ni juga ada menawarkan beberapa jurusan lain seperti elektrik, kejuruteraan awam dan hospitaliti.
Apa yang istimewa kat poli ni?
1. Tasik
2. Kafeteria yang menyajikan makanan lazat.
3. Pusat Islam yang besar dan cantik.
4. Infrastruktur yang menarik.
5. Tempat riadah
2. Kafeteria yang menyajikan makanan lazat.
3. Pusat Islam yang besar dan cantik.
4. Infrastruktur yang menarik.
5. Tempat riadah
Tasik Politeknik Sultan Idris Shah
Cantik kan??
Hampir 2 tahun syu dah jadi warga Sabak Bernam. Di sini juga ada pantai yang menarik, BNO. Ramai pengunjung yang singgah berehat tenangkan fikiran di sini.
Pantai BNO
Nak tau apa yang special kat sini? Ada 1 kedai kat sini semua order mesti ada udang. Syu paling suka nasi goreng kampung. Memang sedap! Tapi Syu terpaksa sedekahkan udang syu pada Biey sebab syu alah dengan udang. Hehe=)
Selain itu, tempat ni menjadi tumpuan para peminat mancing sebab ada kelong kat laut. Bole naik bot sambil menikmati angin laut yang nyaman dan menenangkan.
Sekian saja cerita mengenai poli syu. Semoga kalian berpuas hati dengan ulasan syu mengenai Politeknik Sultan Idris Shah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan